Kawan-kawan kakcik

Rabu, 12 Julai 2017

Suara hati yang tidak tersuarakan...

...di hati seseorang itu, apatah lagi hati seorang ibu tua seperti aku, sebenarnya banyak (malahan kadangkala terlalu banyak) benda atau perkara yang ingin disuarakan...

Namun, segalanya tidak mudah.  Hendak membuka mulut dan melontarkan suara pun terpaksa berfikir beribu kali, ditimbangkan baik buruk akibat kata-kata yang bakal keluar, akhirnya DIAM bersama rasa yang terpendam.

Menjaga perasaan orang lain hingga mengenepikan perasaan sendiri sudah seperti menjadi makanan ruji.  Akibatnya tidak juga selalu baik.  Kerana terlalu 'memikirkan', akhirnya memakan diri sendiri. Menanggung rasa marah, kesal dan sebal yang tidak terluah membuahkan rasa sakit yang akhirnya terzahir menjadi penyakit yang berulang-ulang.  Tekanan darah naik.  Serangan lelah dan semput tiba tanpa diundang.

Siapa yang peduli?  Sakit tanggunglah sendiri.

Ada yang cuba membaca isi hati?  Tiada.  Malahan tidak pun cuba untuk mengerti.

Meniti hari-hari yang masih berbaki, alangkah bagusnya jika membawa diri mencari redha Ilahi.  Oh...waktu datang dan pergi. Di celah-celah saat yang berlari, kita perlu menangkap waktu sendiri kerana ia tidak menanti.  Kesibukan datang walau tidak dicari hingga kita alpa dan lalai sendiri.  Lalu waktu berlalu dan tak pernah menanti.  Terkapai-kapai akhirnya sia-sia hanyut menuju mati...

10 ulasan:

  1. rasa macam tu juga.. bila menginjak usia,mulut macam malas nak berkata.

    BalasPadam
  2. terkadang kalau kita terlalu ikutkan hati .... terlalu menjaga hati org lain, hati kita sndiri yg parah...

    BalasPadam
  3. Itulah seorang ibu....sesiapapun walau banyak yang mahu dibicarakan...diluahkan...bila peka pada sekeliling banyak yang perlu dijaga...maka yang terbuku terus beku dipendam..

    BalasPadam
  4. sekurang2nya kak cik masih boleh meluahkan dalam blog ni segala isi hati..ada yg mengerti kak cik..!!

    BalasPadam
  5. dahulukan kesihatan diri.. kalau dah sakit nanti diri sendiri juga yang menanggung.. memang sakit memendam perasaan, mungkin boleh alihkan perhatian kepada hal lain.. :)

    ...

    BalasPadam
  6. sesekali perlu juga diluahkan...jangan disimpan dalam hati, merana nanti...

    BalasPadam
  7. Biasalah KC....lumrah dunia dan kehidupan. Rasanya semua ibu dlm dunia ni pun ada merasa benda yg sama. Ibu tua atau pun ibu muda. Sabar dan sentiasa berdoa ajelah KC....

    BalasPadam
  8. Di celah-celah saat yang berlari, kita perlu menangkap waktu sendiri kerana ia tidak menanti...Saya suka ayat2 KC ni. Sungguh tepat dan bermakna. Saya pun ibu tua juga KC. Saya pun banyak pilih berdiam dari berkata kerana tak mau melukai hati sesiapa. Banyak benda. Biar masa menentukan segala.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.