Kawan-kawan kakcik

Isnin, 15 Mei 2017

Kenapa aku hadir di SBB2017?...

Apakah itu SBB?  SBB adalah singkatan untuk Sepetang Bersama Blogger.  Satu acara yang dianjurkan oleh pasukan Denaihati Network untuk para blogger.  Acara ini telah menjadi acara tahunan sejak tahun 2012.  Aku sendiri telah menghadiri acara ini sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2014, tahun 2016 dan tahun 2017. Khabarnya SBB2017 ini mungkin yang terakhir diadakan. ๐Ÿ˜ฒ๐Ÿ˜ฒ

Kenapa aku hadir di SBB2017?  

Sebenarnya hatiku berbolak-balik sama ada akan hadir atau tidak. Jika aku mahu hadir, aku perlu mengeluarkan sedikit wang untuk bayaran yuran pendaftaran.  RM30 untuk hadir waktu petang sahaja dan RM50 untuk hadir petang hingga malam.  Dalam keadaan sekarang, wang itu sangat besar maknanya buatku.  Biasanya, dalam mana-mana acara pun, aku akan hadir bersama suami.  Jadi, aku perlu membayar untuk dua orang.

Dua hari sebelum acara berlangsung, aku minta izin dari suami untuk pergi sendiri.  Setelah mendapat izin, aku pun mendaftar untuk hadir.  Eh...sebelum itu, aku hantar pertanyaan kepada Izwa di facebook sama ada dia akan hadir atau tidak.  Aku perlukan seseorang yang dikenali kerana aku akan hadir sendiri (aku lupa bahawa mati pun nanti aku tidak akan berteman).  Bila Izwa kata dia pergi, aku rasa ada kekuatan untuk hadir.

Aku ingin pergi kerana aku ingin juga mengenali mereka yang pernah bertegur sapa denganku sama ada di blog atau di facebook mahupun di instagram.  Selain itu, aku juga ingin mendapatkan ilmu tentang berblog.  Ingin tahu bagaimana para blogger boleh menjana pendapatan melalui blog dan sebagainya.  Walaupun aku telah mula berblog dari tahun 2009, blogku ini masih terlalu 'kecil'. Ibarat setitis air di lautan luas yang hadirnya tidak disedari langsung.  Aku tahu bahawa aku mungkin akan jadi peserta tertua yang hadir, tapi aku kuatkan juga hati.

Jauh di sudut hati, pastinya aku mengharap agar menjadi peserta yang akan memenangi hadiah cabutan bertuah ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Akhirnya, dengan lutut yang berbalut dan diiringi hujan gerimis, aku sampai juga (dihantar suami) ke majlis yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang itu...


Adakah aku dapat apa yang aku cari di SBB ini?  Siapakah yang aku temui?  

Nantikan (eleh...perasannyaaaa) episod seterusnya...

14 ulasan:

  1. best jgk ye kakcik... mcm2 ilmu boleh dpt kt situ ye kakcik

    BalasPadam
  2. Seronok juga ya dapat jumpa kekawan blogger...

    BalasPadam
  3. Kak..share tau input yang akak dapat...hihi...teruknya PC..orang pergi berbayar PC pulak nak kutip input free...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah dapat berjumpa dgn mak..semoga kita kekal bersahabat selamanya dan jangan berhenti menulis ya..

    love,
    aini
    mrspuex.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ada rezeki ana jumpa mak walaupun baru berkenalan di AFB. Semoga mak sihat selalu.

    BalasPadam
  6. Wah macam cerita sinetron pulak, ada bersiri2.
    Tunggu episod seterusnya.

    BalasPadam
  7. seronoknya dapat jumpa dgn mereka yg sebelum ni yhanya bertegur sapa dialam maya

    BalasPadam
  8. Kenapa yang ni last?? ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ mohon diteruskan sebab teringin nak join. Baru ni tak dapat pergi sebab ada urusan lain...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... kerana Nya kita berjumpa.. dan jumpa kat sini lagi

    BalasPadam
  10. Kalau ada rezeki dan panjang umur tahun hdapan Bonde join.. banyak ilmu blogging dapat dikongsikan.

    BalasPadam
  11. Salam mak...alhamdulillah tahun ini dapat ke SBB 2017...dah lama nak join tapi tak berkesempatan

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.