Kawan-kawan kakcik

Isnin, 15 Mei 2017

Apa yang aku dapat di SBB2017?...

Sambungan dari catatan INI.

Ketika sampai, kawasan di hadapan Saloma Bistro kelihatan lengang.  Izwa kata (melalui whatsapp) pendaftaran di hadapan dewan berhampiran surau.  Aku bertemu seorang blogger lelaki yang masih muda.  Aku kenal wajahnya tetapi aku tak tahu namanya.  Aku sapa dia dan aku ikut langkahnya.  Beberapa langkah kemudian, aku nampak Suria Amanda yang sedang menonong berjalan bersendirian.  Aku panggil namanya.  Mujur dia dengar.  Aku mengekorinya ke tempat pendaftaran.  Selepas mendaftar, aku bertemua dengan beberapa orang blogger yang belum pernah aku jumpa sebelum ini...

Bersama Namia Cinta.
Kami pernah bertemu sebelum ini.

Bersama Suria Amanda.
Pertama kali kami bertemu di SBB2014

Bersama Ana Jingga
Akhirnya kami bertemu di sini.

Bersama Eny Yusnizar Abdullah
Pertama kali juga kami bersua di sini

Bersama Arz Moha
Selepas bersapa di blog dan fb,
takdirnya bersua di SBB

Bersama Izwa yang kurang sihat
Pertama kali kami bersua muka di SBB2016

Bersama Nooraini Zubir
Juga pertama kali bersua di SBB2016

Alhamdulillah.  Mereka yang kutemui sangat baik dan ramah sehingga aku tidak merasa terasing. Mereka sudi bergambar dan berbual denganku walau untuk seketika kerana ramai lagi kawan-kawan yang perlu mereka temui.

Perkongsian ilmu pada petang itu tentulah datangnya dari pengasas Denaihati sendiri iaitu Tuan Haji Amir Hassan.  Beliau menceritakan bagaimana beliau membangunkan jenama Denaihati dari tiada apa-apa sehingga menjadi sebuah syarikat yang dikenali. Antara pesannya yang paling aku ingat ialah orang yang berjaya adalah orang yang cepat merebut peluang.  Selain itu, tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.  Semua orang yang berjaya sekarang adalah mereka yang pernah mengalami jatuh bangun namun tidak pernah serik untuk meneruskan langkah.


Tuan Haji Amir Hassan
(ambil gambar dari jauh, beginilah jadinya...)

Hmmm... nanti sambung lagilah.  Biar sedikit tapi ada isi, dari banyak tapi kuah sahaja sehingga isinya tidak dijumpai, kan? 😊😊

11 ulasan:

  1. Seronoknya dapat jumpa semua... saya takat ni memang belum pernah ketemu blogger... semuanya masih ketemu di alam maya...

    BalasPadam
  2. salam kak. 1st time landing sini :-)

    untung dpt gi. aida jauh nak join.
    kebetulan parents dtg umah...
    teringin nak join...

    BalasPadam
  3. Org yg berjaya org yg cepat rebut peluang.selamat ana tak berebut amik rm50 tu kalau tak ada yg berdentum depan pentas tu. Hehe

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah,lama dah nak jumpa kakcik sebab ana ni peminat blog kak cik.. selalu singgah sini baca dan bertegur sapa di FB. Ana pertama kali ke SBB dan mulanya cuak juga tak ada orang yang kenal, lebih-lebih lagi jarang tunjuk muka..namun ALhamdulillah seronok bersua walaupun buat kali pertama.

    BalasPadam
  5. bestnyaaaaa. harap next time blh join. <3

    BalasPadam
  6. Tak dpt jumpa mak tahun ni.. baby takder org jaga..

    BalasPadam
  7. Saya blogger picisan je belum pernah bersua mana2 blogger, so dapat dengar input dari kakcik je pun dah alhamdulillah. Mesti seronok semua blogger dapat berjumpa kn..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..bertambah ilmu jugak ya kakcik..

    BalasPadam
  9. Blogger blogger hebat semuanya tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.