Kawan-kawan kakcik

Isnin, 20 Februari 2017

Tak kena kepada kita, bolehlah seenaknya kita berkata...

❤❤❤
...tiada siapa yang mahukan celaka
tiada siapa suka derita
tiada siapa suka diduga

namun...
walau tidak ditempah
terjadi sesuatu sebagai amaran dari Allah
bukan hanya untuk yang terkena
tapi untuk orang sekeliling juga

jangan cuba-cuba jadi jaguh
bercakap bagaikan iman kita sangat teguh
sedangkan sebenarnya hati kita pun rapuh
cuma belum berkecai jatuh

jangan tambah pedihnya luka
dengan mencurah kata-kata bercuka
bayangkan kita di tempat mereka
apa pula yang kita rasa

hari ini hari mereka
mungkin akan tiba hari untuk kita
memang kita tidak meminta
mungkin ia datang waktu kita leka

bersama-sama kita berdoa
semoga kita semua dalam lindunganNya
apa yang terjadi bukan 'percuma'
pasti ada pengajaran di sebaliknya...

Sekadar untuk rujukan :



19 ulasan:

  1. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT..

    BalasPadam
  2. insyallah..amin..moga kita semua dilindungi..

    BalasPadam
  3. hmmm ..kes ni ...semua pihak salah ....
    dr yg kena langgar mak bapak sampai ke driver ....

    BalasPadam
  4. Ikutlah resmi padi, semakin berilmu semakin merendah diri. Hidup juga seperti roda.

    BalasPadam
  5. masa baca berita psl kes ni kakcik, rasa sedih kesian semua ada

    tak tau nk ckp apa, sbb kite pun ada anak, kalau di kata pdn muke sapa suruh berbasikal pagi2 buta, kita tak tau esok2 kalau anak kite pun buat gitu

    itu semua ujian dr Dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul dana, ujian orang, belum jadi katkita. semoga Allah jauhkan anak2 kita dari buat camtu

      Padam
  6. Mohon pada Allah semuga ahli keluarga tidakndi timpa musibah seperti itu..

    BalasPadam
  7. Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka...

    BalasPadam
  8. Tulah kan KC nak salahkan emak ayah diaorang pun tak boleh. Manalah ada mak bapak yg suka anak keluar mlm. Tapi kadang kadang anak ni tak mau dengar cakap, biasalah remaja. Ada juga tengok video yg kengkawan hantar. Memang berani sungguh aksi depan ni...Kat tengah jalan pulak tu.Apa pun semua dah ketentuan Allah. Moga jadi pengajaran kepada mereka yg hidup.

    BalasPadam
  9. Itulah TMJ kami juga menasihati rakyat menghentikan isu ini Kakcik.
    Baginda tahu betapa hancurnya hati mak-ayah & keluarga yg terlibat, mengapa kita yg rakyat biasa macam tak faham kerenah remaja kini.

    BalasPadam
  10. Betul kak. Baru2 ni pun terjadi dalam kehidupan orang yang terdekat dengan saya. Allah saying. Beri warning cash sekarang supaya di akhirat kurang sedikit bebanan. Cuma berharap agar yang lain2 juga ambil pengajaran.

    BalasPadam
  11. betul tu mak...yg penting semua org kena amek iktibar apa yg terjadi...bukan asyik menuding jari...

    BalasPadam
  12. kesian mak ayah..hilang anak, kena kecam lagi..erm...

    BalasPadam
  13. betul tu kak. sepatutnya jadi pengajaran utk diri sendiri.

    BalasPadam
  14. Situasi ini takkan berkesudahan selagimana ada manusia. Semakin ketara bilamana ujudnya media sosial yang bergerak pantas tanpa sempadan...

    BalasPadam
  15. Semoga kejadian yg berlaku jadi sempadan dan tauladan pada kita semua yg ada anak,adik,cucu dan saudara mara. Dan tentu sekali kepada ibubapa.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com