Kawan-kawan kakcik

Rabu, 14 September 2016

Bertemu 'Uncle'...

Tarikh : 11/09/2016
Masa : Sekitar 7.00 pagi

Melalu BLOGNYA, aku dapat tahu UNCLE atau Haji Shahrir bin Ali akan berada di Masjid Jamek Kuala Lumpur antara jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi setiap Ahad untuk melakukan kerja-kerja kebajikan.  Hasrat hati sudah lama ingin bertemu dengan lelaki hebat ini (hendak tahu tentang kehebatan beliau, bacalah blognya).  Lalu pada hari Sabtu (10/09/2016), aku nyatakan kepada suami untuk bertemu dengan Uncle di Masjid Jamek.  Suamiku memang 'senang kira' orangnya.

Mulanya suami mencadangkan agar kami solat Subuh di Masjid Jamek pada subuh Ahad itu, tapi disebabkan aku agak lewat bangun, suami bersolat di surau dan aku solat di rumah.  Sekitar jam 6.30 pagi kami keluar rumah.  Cuaca redup dan basah kerana hujan turun agak lebat dari jam 4.30 pagi.

Tiba di Masjid Jamek, aku dengan mudah dapat mengenali Uncle.  Aku minta suami turun menegurnya sebelum mereka berdua datang ke kereta.  Sekejap sahaja kami berjumpa tapi sempat jugalah bertukar sedikit cerita...


'Uncle' yang peramah dan sangat merendah diri...

...bagai bertemu sahabat lama. :)

Bukti kita telah bersua... hehehe

11 ulasan:

  1. laju2 saya terjah blognya, nak jugak kenal sapakah gerangan uncle ni

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kakcik!

    Jutaan terimakasih saya ucapkan kerana sanggup datang dari jauh untuk berjumpa saya. Segan pulak rasanya! Hahahahahahaha....Dah lah datang dari jauh, saya pulak dihadiahkan dengan "beras orang kaya". Terimakasih sekali lagi!

    BalasPadam
  3. baru pi baca blog dia kakcik..saya baru kenal dia ni..tapi dia tak la kenal saya..hahahah..

    BalasPadam
  4. Terimakasih Ann Ishak dan Diana Rashid kerana membaca...sorry Kakcik, saya selit kat sini untuk ucapkan terimakasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Kakcik rasa bangga juga dapat mengenalkan Uncle kepada mereka... :)

      Padam
  5. lepas ni nak jugak ke blog uncle kakcik hehee

    BalasPadam
  6. mesra seperti sahabat yg telah lama tak bersua.
    ini yg seronok tentang berblog kan?
    nak terjah juga uncle kejap lagi ^_^

    BalasPadam
  7. Memang sporting habis abang Sado KC ni kan.....
    Nanti bolehlah terjah blog uncle ni nak tau kehebatan Uncle yg KC cakapkan tu

    BalasPadam
  8. Rajin sungguh Kakcik mencari rakan blogger di alam nyata. Saya indirectly kenallah dengan uncle yang seorang ini ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com