Kawan-kawan kakcik

Isnin, 25 April 2016

Program Destinasiku~linari bersama Chef Azli di Sg. Besar, Selangor...

Tarikh : 23/04/2016 (Sabtu).

Aku di'jemput' untuk menghadiri program ini oleh Pn. Mimiey Mokhtar dari Impact Lady Management.  Memandangkan suamiku tidak punya apa-apa program pada hari tersebut, maka kami bersetuju untuk hadir walaupun tidak dapat bersama mereka untuk sepanjang aturcara...


Aku dan suami keluar dari rumah lebihkurang jam 7.40 pagi.
Jerebu mengiringi perjalanan sampaikan aku sempat berangan
kononnya berada di negara yang dingin hawanya...

Beberapa kilometer sebelum tiba ke destinasi, terserempak dengan kemalangan ini.
Seperti biasa, En Suami akan turun untuk mendekati.  Agak teruk keadaan mangsa.
Setelah pasti ada yang telah menelefon 999, suami kembali ke kereta.
Kali ini dia hampir pitam melihat banyaknya darah,  mungkin kerana perutnya masih kosong.

Tiba ke Homestay Sg. Haji Dorani di mana acara sedang berlangsung.
Empat wanita itu adalah tenaga penggerak Impact Lady Management,
manakala jejaka yang seorang itulah Chef Azli Razali yang kian dikenali...

Indahnya pemandangan walaupun cuaca panas berbahang...
Seterusnya mari kita melawat ke Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) di sekitar kawasan ini :

Melawat sambil belajar ke Kilang Nata De Coco
Keterangan gambar : No. 2 - 6 jenis perisa Nata De Coco yang dijual (RM10.90 utk 3 bekas)
No : 3 - terdapat juga makanan ringan seperti kerepek, tapai ubi malahan spaghetti dijual
No : 4 - di antara para peserta yang hadir sedang kusyuk mendengar taklimat

No : 1 - pemilik kilang sedang menceritakan sejarah dan khasiat nata de coco
No : 2, 3 dan 4 - sebahagian kilang memproses dan membungkus nata de coco

Destinasi seterusnya ialah ke Perusahaan Kerepek Siti Sharifah.
1.  Pelbagai jenis kerepek (pisang/ubi/keladi/bawang dan lain-lain) dijual dengan harga RM10.00 untuk 4 peket
2.  Sebahagian tempat memproses/menggoreng kerepek
3.  Antara kerepek/keropok yang sedang dijemur
4. Tempat memproses kerepek bawang/kuih kapit

1. Mesin untuk menipiskan kepingan adunan kerepek bawang
2. Adunan kerepek bawang dalam bentuk seperti kepingan papan sebelum dimesin nipis
3 dan 4 : Kepingan yang telah dinipiskan (dua lapis bewarna putih dan coklat) digulung
secara manual sebelum dipotong dengan mesin untuk mendapatkan potongan yang sekata
(kami tidak dibawa ke tempat kerepek ini dipotong dan digoreng)
Pada pemerhatianku, penambahbaikan boleh dibuat dari segi pekerja perlu memakai
sarung tangan dan penutup mulut dalam melakukan proses ini.

Pembuatan kuih kapit secara manual.
1. Hanya 4 alat pembakar kuih kapit digunakan dengan  seorang pekerja
2.  Alah bisa tegal biasa.  Cekap wanita ini membuat kerja.
3. Antara kuih kapit (yang digulung) yang telah siap sebelum dibungkus
4.  Alat pembakar kuih kapit yang digunakan

Seterusnya ke tempat membuat kuih bahulu.
1.  Telur yang sedang diadun (dulu-dulu ibuku memukul telur menggunakan sepenuh tenaganya)
2. Bahulu sedang dibakar (ibuku membakar bahulu menggunakan api dari sabut atau arang)
3.  Bersusun ikan menanti masa untuk berenang dibungkus
4.  Silalah makan saya

Selesai lawatan, balik ke homestay untuk makan tengahari, solat dan berehat sebelum aktiviti seteerusnya.


Hampir jam 3.00 petang, aktiviti di sawah bermula...
1. Yang tak biasa turun ke sawah, bolehlah cuba-cuba 'bermanja dengan selut dan lumpur'.
2.  Cuaca sangat panas sehinggakan En Suami 'bertudung' dengan baju Melayunya.
3.  Penerangan sedang diberi untuk acara menanam padi.
4. Pn Mimiey Mokhtar, orang kuat Impact Lady Management

Yang ini pula acara menangkap ikan keli...
1.  Pn. Mimiey sedang melepaskan ikan keli yang telah dibuang sengatnya
2 dan 3 : Jom cepat tangkap, siapa cepat dia dapat
4.  Kenal tak dengan wanita kecil molek ini?.  Pn Ida Nyanyisunyi yang dulu aktif berblog tapi
sekarang blognya terus sunyi-sepi...
...bersambung sedikit lagi nanti...

19 ulasan:

  1. seronok kakcik dpt pengalaman begini,
    saya ingatkan kepingan papan apa td, rupa2nya kerepek bwg..lebar betul ye

    accident tu nampak mcm mengerikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi balik kami terserempak denga kemalangan...ngeri betul...

      Padam
  2. Terbaik kakcik....
    hahah gelak baca part blog nyanyisunyi tu....dah private dan terus sunyi....
    apa2pun memang best pengalaman sehari di Homestay Hj Dorani...rugi siapa tk join

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Ida? Program akan datang mungkin kakcik akan pergi sebagai peserta. Seronok je buat benda yang kita tak pernah buat, kan? :)

      Padam
  3. Salam perkenalan. Menarik juga cara pembuatan kuih kapit. Manual selalunya memuaskan.

    BalasPadam
  4. Kakak nampak ulam pucuk gajus dalam pinggan kakcik terus teringin. Lama kakak tak makan ulam ini. Sedapnya..

    BalasPadam
  5. Seronoklah kalau sesekali sertai program macam ni. Bukan selalu ada peluang. Tapi bab 'bermesra' dengan ikan keli tu maybe saya tak sangguplah :)

    BalasPadam
  6. bestnya Kakcik.. tapi sy mmg tak berpeluang nak join event mcm ni

    BalasPadam
  7. seronoknya bonda..bukan senang nak kumpul pengalaman seperti ni..

    BalasPadam
  8. 18 tahun akak dok di Tanjung Karang kakcik..rindu bila tengok gambar2 yang kakcik kongsikan ni

    BalasPadam
  9. Assalam .

    Best kan pengalaman sebegini. Saya tak dpt pergi. huhuhu

    BalasPadam
  10. Kampung Haji Dorani sentiasa ada didalam kalendar Homestay di Selangor. Banyak projek homestay lain seluruh negara mengambil model ini sebagai panduannya!

    BalasPadam
  11. ralit jugak tengok iks punya produk...

    BalasPadam
  12. sedapnya kuih kapit.lea kalau dapat sebungkus sayang sorang boleh habis kak

    BalasPadam
  13. Klu atie g KL dr Perak mmg lalu kat kedai Nata tu..kdg2 singgah beli jgk.
    Bestnya kakcik menimba pengalaman...

    BalasPadam
  14. alahaiii mak seronok nyer aktiviti mak ni tapi takuttt nyer nak tangkap ikan keli ..hehehe..geli sebenar nyer..

    BalasPadam
  15. Tempat ni femeskan KC.... Anak saya dulu pun datang sini. Balik bawak Nata de Coco. Sampai la ni ada lagi dlm fridge....

    BalasPadam
  16. dah popular juga rupanya tempat ni ya. tapi memang menariklah aktivitinya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.