Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 22 Mei 2015

Salam Taj Mahal...


Tak perlulah aku ceritakan sejarah Taj Mahal ini.  Tanya sahaja Pakcik Google, pasti akan dapat jawapannya...

Aku sekadar hendak meletakkan gambar-gambar sewaktu di sana sebagai kenang-kenangan.  Aku juga tidak bercita-cita menjadi Mumtaz Mahal yang dicintai sehingga mati oleh Shah Jahan. Cukuplah aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan Ilahi kepadaku. Dengan kurniaan Ilahi jugalah aku mendapat suami yang sentiasa (hingga setakat ini) 'mahu' dan 'tidak malu' membawa aku ke mana-mana hingga aku sampai ke Agra ini...

Abaikan mukaku yang tidak tersenyum itu.  Sangat penat. Persekitaran pula panas dengan bersesak-sesak dalam lautan manusia. Tak mengapalah, memang wajahku pun bukan wajah yang menyejukkan pandangan...hehehe...


Untuk sampai ke pintu masuk, kami kena
menaiki kenderaan ini.  Nampak tak penjual
itu?  Bukan tak kesian, tapi tetap juga aku
tidak membeli apa-apa...
Di hadapan pintu masuk.
Jauh lagi hendak kena menapak ni...
Bimbang dengan 'keselamatan',
aku minta En Suami sahaja yang
tolong bawakan beg silang itu.







18 ulasan:

  1. wahh seronok nyer mak dah sampai sana ;)

    BalasPadam
  2. Ingatkan kakcik pi India misi honeymoon.. dah baca catatan baru tau.. misi beras rupanya... untung dah pencen.. dapat teman suami pi lawatan...'mahu tak mahu' abg mus kena bawak jugak... amboi... sebenaqnya mesti Abg Mus yg ajak beriya2 kan...

    Makchaq dua tiga kali ja pernah ikut pakchaq kalau dia kena pi keja luaq. Tu pun sebab lepas tu nak terus balik kampung...

    BalasPadam
  3. subhanallah.. cantiknya.. sayang betul dia kat isteri dia kan..

    BalasPadam
  4. Kakak suka tengok gambar kakcik berdua lebih cantik berbanding kalau bergambar sendiri. Background tajmahal itu menambah romantiklah:)

    BalasPadam
  5. Wahhh!!Sampai kak chik kat Taj Mahal tu yer..seronoknyaaa!!

    BalasPadam
  6. Sweet kak..dengan berberlatar belakangkan taj mahal..lebih mahal nilai memori yang akan tersimpan..

    BalasPadam
  7. Berseri-serinya wajah abang Bob dan Kakcik bergambar depan Taj Mahal... Boleh buat filem pendek 'cinta Taj Mahal' ni....

    BalasPadam
  8. bestkan kakcik.. dapat kita menjejakkan kaki ke bumi mereka.. melihat sendiri.. ada yg kata biasa2 saja.. tp bagi saya ini suatu yang patut dihargai.. melihat sejarah dunia.. tak semua org berpeluang menatapnya. alhamdulilah kita diberi kesempatan ini..

    BalasPadam
  9. cantiknya taj mahal.. bilalah nak sampai ke situ kan

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah....seronok saya baca catatan akak. Siapa kata wajah akak tak sejuk....sejuk okeh. Kalau tak...takderlah incik suami nak melekat jer...

    Saya jer yang tak tau lagi nasib. Tapi setakat sekarang, wajib kita bersyukur kan kak...

    BalasPadam
  11. bestnyer... suke tgk gambar romantik kakcik ber2 tuh...

    BalasPadam
  12. Taj Mahal ibarat seperti lukisan dlm gambar ini.. Cantik, subhanallah.. =)
    Awat habaq lagu tu.. kalau tak menyejukkan pandangan, takkanlah en.abang sayanggg.. <3

    BalasPadam
  13. Kak cik nampak muda posing depan Taj Mahal... sweet couple tau!

    BalasPadam
  14. ramaii nye lautan manusia..Alhamdulillah dh smpi Tajmahal ye ;)

    BalasPadam
  15. wow....romantik sangat mak ...hehehehe...alin pun kalau pi tempat sesak2 mst husband yg offer bawak beg takut sesuatu terjadi nanti...

    BalasPadam
  16. Untunglah Kakcik sampai sekarang suami bawa jalan-jalan ke mana pergi. Moganya sampai bila-bilalah tu. Kalau taknak bawak, hentak kaki sampai pecah lantai ok, kak! Hahaha....

    Entah bilalah boleh pergi TajMahal ni. Kalau dulu sebelum kahwin, ada juga hati nak jadi macam Mumtaz Mahal tapi lepas kahwin ni, takyahlah cita-cita tinggi menggunung. Asal dia sayang kita, sudahlah....habis cerita! Tak buat bangunan pun takpa :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.