Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 1 Mei 2015

Mudahnya berurusan di India Visa Centre...

Selepas 'menghabiskan masa' lebihkurang 3 jam
di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Sentul untuk
memperbaharui pasport En Suami, kami menuju
pula ke India Visa Centre.  Oleh kerana aku dan
suami memilih untuk tidak mengisi
borang atas talian, maka kami kena bayar RM21.20
(termasuk GST) seorang sebagai upah petugas
di pejabat itu mengisi borang bagi pihak kami.
RM161.56 perlu dibayar untuk seorang bagi
mendapatkan visa.  Urusannya mengambil masa
tidak sampai pun sejam.  Visa boleh diambil (siap)
dalam masa dua hari sahaja.
Ini alamat di mana pejabat India Visa Centre itu
terletak.  Berbeza dengan permohonan visa untuk
ke negara-negara lain, pemohon visa ke India perlu
hadir sendiri untuk membuat visa berkenaan.
Permohonan melalui ajen pelancongan adalah
tidak dibenarkan.  Mungkin sebab mereka
memerlukan imbasan kesepuluh jari tangan kita.
Semoga perjalanan kami nanti dipermudahkan dan dalam peliharaan Allah SWT juga hendaknya...

9 ulasan:

  1. bestnya, nak melancong ke India ye kak
    may save journey
    insha Allah :)

    BalasPadam
  2. Selamat bercuti di India. Wah, semenjak pencen ni rajin Kak Cik pergi melancong :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kakcik,

    Kakcik nak ke India yer. Pak Long pernah bertugas di India beberapa tahun dahulu. Pak Long selalu berpesan kalau ke India berhati-hati tentang permakanan terutama air Minum kalau perut tak tahan. Kalau minum air dari botol, pastikan tutup botol tu Kakcik sendiri buka jangan ambil botol yang sudah dibuka oleh mereka yer Kakcik. Mak Long hanya berkongsi pengelaman. Mudahan semua berjalan lancar dan selamat. Selamat bercuti!

    BalasPadam
  4. rezeki seseorang itu tak sama. saya jarang berpeluang utnuk berjalan-jalan apatah lagi ke luar negara...

    BalasPadam
  5. Selamat mengembara kakcik. Semoga dilindungiNya walau ke mana saja kakcik berada.. :)

    BalasPadam
  6. Mmg mudah ada UTC sekarang ni kan KC. KC nak pergi India ke..... orang cakap kat sana jangan sembarangan minum air, takut sakit perut ....

    BalasPadam
  7. India besar, which part?

    Malindo?

    Saya p kochin 2014 rm100 return malindo air. Form isi sendiri after Baca blog pelancong Malaysia yg pernah p sana

    BalasPadam
  8. Ohhh...nak ke India rupanya! Bila tu Kakcik? Ke dah sampai India sekarang ni....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.