Kawan-kawan kakcik

Isnin, 29 September 2014

Surat buat yang bernama anak...

Assalamu'alaikum anakku,
Semoga rahmat Ilahi sentiasa bersamamu dan kebahagiaan akan terus menjadi milikmu.

Apa khabar anakku?
Tenangkah hatimu?  Sangat berbahagiakah kamu?  Ingatkah kamu kepada ayah dan ibu?  Andainya ingat, ingatan yang bagaimanakah itu?   Syukurlah ingatan itu kerana kamu rindu - rindu segala-galanya tentang ibubapamu sehingga takkan kau biarkan walau sehari berlalu tanpa jeadaan mereka ada dalam pengetahuanmu.

Anakku,
Sayangilah ibubapamu.  Tanpa mereka siapalah kamu.  Walaupun kamu adalah amanah buat mereka, jangan sewenang-wenangnya hati mereka kau guris luka.  Bagimu apa yang kau mesti tersedia.  Susah payah mereka tak pernah kau ambil kira.  Apa kau mahu, kau tahu mesti ada.   Janganlah begitu anakku.  Bagi orangtuamu, apa yang kau mahu seboleh mungkin hendak disedia.  Namun kemampuan mereka ada batasnya.  Lainlah kalau mereka memang orang yang berharta, apa kau mahu pasti takkan kecewa.

Anakku,
Putaran dunia ini tiada hentinya kecuali bila kiamat tiba.  Selagi itu, putaran kisah hidup berulang-ulang adanya.  Hari ini kau enggan buat ibubapamu gembira, tiba masanya apa yang mereka rasa akan kau rasa juga.  Dari itu anakku, ingatlah pesan yang mungkin kau sendiri tahu 'jangan berkasar dengan orangtuamu walau sekadar berkata ah atau uh'...

Dari itu, renung-renungkanlah anakku.  Mungkin ibubapamu tidak sebijak kamu, namun dengan izin Allah Yang Satu, tanpa mereka siapalah kamu...

Sekian, sejahteralah atasmu anakku.

7 ulasan:

  1. hormati lah ibu bapa ..kelak anak2 juga akan memegang gelaran ibu dan bapa tu...masa tu baru tahu apa perasaan sebenar ibu dan bapa kita dulu..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..
    Anak2 sekarang lebih mudah untuk kita dekati kerana cara kita berdamping anak2 kita lebih terbuka dari cara kita dididik oleh ibu bapa kita dulu.
    Rata2 saya lihat anak2 kita dah berani terbuka dengan kita dalam apa hal pun.
    Mungkin saya bercakap mengenai anak perempuan sebab saya hanya mempunyai anak perempuan.

    BalasPadam
  3. menghormati ibu bapa adalah sebaik2 anak :)

    BalasPadam
  4. Layanilah kedua ibu bapa sebaik-baiknya. Kerana bagaimana layanan kita kepada ibu bapa kita, itulah juga nanti layanan anak-anak kepada kita bila kita tua kelak.

    BalasPadam
  5. Bila mereka sendiri bergelar ibu atau bapa baru lh mereka tau macam mana sayang nya ibubapa pada anak...

    BalasPadam
  6. Insyallah didik anak-anak dengan cara Islam. Insyallah mereka akan terdidik dengan baik. Terima kasih perkongsian ini Kakcik.

    BalasPadam
  7. pesanan yang sangat bermakna
    walau apa pun yang berlaku kena redha sebab
    pengorbanan ibu ayah tak dapat dibalas
    hanya Allah yang mampu membalas
    pengorbanan mereka

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com