Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 15 Ogos 2014

Jangan jalin hubungan cinta di pejabat...

Ops... Kalau bujang sama bujang, itu tidak menjadi masalah selagi tahu menjaga batas dan hukum agama.

Kalau asyik berkepit sampai tak jadi kerja memang itu cari nahas namanya.

Yang menjadi masalah, bila suami orang bercinta dengan isteri orang.  Bermula dengan kononnya 'hanya bercerita kisah biasa' akhirnya meleret-leret kepada kisah luar biasa.  Pantang ada waktu terluang, walau hanya duduk sebelah meja, sibuk bertelefon sesama sendiri.  

Jangan, jangan buat begitu.  Kadangkala alasan kita kononnya kawan sejantina tidak memahami kita.  Lebih baik bercerita dengan yang berlainan jantina.  Akhirnya, bila dah sering bercerita, dari biasa-biasa, terbit pula rasa cinta.

Habis tu, rumahtangga yang sedia ada dan tiada pun masalah apa-apa macamana pula jadinya?

Elakkanlah perkara begini dari terjadi.  Bukan hanya tidak elok di mata manusia, ianya juga hanya membuat kita menempah tiket yang bersimpang jalan menuju ke syurga...

Pintu taubat memang sentiasa terbuka tapi kita juga tak tahu berapa lama masa yang kita ada.


Catatan ini adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN


23 ulasan:

  1. Bahaya jika jadi macam ini. Bagus sekiranya ada sesiapa yang "mereka" rasa hormat tegur salah seorang dari mereka. Ingatkan balik tentang Allah dan tangungjawap mereka kepada keluarga mereka. Harap mereka boleh berubah sebelum terlambat.

    BalasPadam
  2. moga mrk diberi petunjuk dan kembali ke pgkal jalan sblom terlambat

    BalasPadam
  3. Fenomena biasa skang ni mak. Suami ngan isteri org. Pompuan bujang ngan suami orang dah yg sewaktu dengannya. Kalau kuat iman, inshaa'allah semua dugaan dapat ditepis. Kalau tak kuat iman, memang mengundang derita bagi pihak yg satu lagi tu.

    Bak kat ustazah siti nor bahyah:

    'Suami jangan mendengar rintihan dari mana² wanita yg bermasalah. Begitu juga isteri jangan mendengar luahan dari mana² lelaki yang bermasalah kerana bimbang akan terbuka pintu² kecurangan'

    BalasPadam
  4. Terjatuh cinta dengan budak opis sebelah pejabat 12 tahun yang lalu sekarang dah bahagia dengan dikurniakan 3 cahaya mata...hahaha..

    Dulu akak-akak senior selalu cerita pasal percintaan terhalang terjadi kerana Induksi terlalu lama...tapi setakat ni tak pernah dengar lagi kawan-kawan saya terlibat dengan cinta terhalang ni...

    Semoga dijauhkan....

    BalasPadam
  5. Kat opis lama dulu ada jugak kes macamni, tapi tak tau lah takat mana hubungan mereka, sebab selalunya time kerja dah petang2 tuh diorg bergayut ngan tepon jer memanjang. Pagi dtg sama2.. petang balik sama2.... tapi tak lama lepas tuh salah seorangnya pindah kerja tempat lain, tak tau lah sekarang camna

    BalasPadam
  6. Betul tu Kakcik..antara lelaki dan ppuan akan ada yg ketiga..yg bertanduk tu..:-)

    BalasPadam
  7. Depan kawan2 depa kata .kawan biasa ja" padahal dalam diam buat hubungan terlarang..sebab sedia maklum apa yang mereka buat tu salah ..

    BalasPadam
  8. setuju 200% kak..memang ni juga pesanan saya selalu beri kepada suami saya juga yang dititipkan untuk diri sendiri. Jauhkan urusan yang tak perlu dengan wanita/lelaki(bukan mahram) tak kira sudah berpunya atau belum. Semoga terhindar drp melakukan dosa (^_^)

    BalasPadam
  9. macam mana rasanya bercinta sepejabat eh? macam best je? hehe

    BalasPadam
  10. Jauhkanlah dari wujudnya perasaan itu. Ingatlah mereka yang lebih penting dalam hidup.. ;)

    BalasPadam
  11. tula kakcik...byk sekarang dengar perkara macam ni..minta dijauhkan dari kita semua..

    BalasPadam
  12. tanpa sedar dah melukakan isteri atau suami masing2.. huhu

    BalasPadam
  13. Kalau semua kita ingat kata-kata "Allah melihat apa yang anda buat", kes seperti ini tak akan terjadi...

    BalasPadam
  14. Jangan bermain api kelak membakar diri :()

    BalasPadam
  15. nauzubillah,
    kenapa lah ada fenomena macam ni kan

    BalasPadam
  16. di opis saya bekerja ni pun sama kak cik, dah bercerai berai pun 2 belah pihak dan sudah berkahwin, semoga berkekalan ke akhir hayat, tp kasihan mengenang nasib si bekas isteri dan anak2 mereka

    BalasPadam
  17. masalah macam ni ada kat mana2 je mak..especially opis SA...memang ada...sampai makan minum pun di tanggung...entah la...

    BalasPadam
  18. Selalunya, kita boleh bercakap sebab hal begitu belum menimpa ke atas diri kita. Kalaulah kita yang terlibat. Teramat suka pada seseorang walaupun kita sendiri dah berkahwin?

    Sebab IM dah mengalaminya sendiri. Adik IM juga dah terlibat. Jenuh juga nak perbetulkannya.

    BalasPadam
  19. Pertama kali saya singgah di sini, saya suka entri2 dalam blog ini. Berkenaan isu "Jangan Jalin Hubungan Cinta Di Pejabat", pesanan saya, setiap hari sebelum pergi bekerja niat dalam hati, 'sahaja aku keluar pergi bekerja kerana Allah Taala". Allah sentiasa berada di atas mengatasi segala-galanya sebagai perisai dalam setiap tindakan kita.

    I like to follow this blog :)

    BalasPadam
  20. bukan main banyak komen bila bab isu gatal nih. lol

    dosa sedap dibuat sebab setan tipu manusia dengan buh perencah lazat :-(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com