Kawan-kawan kakcik

Rabu, 26 Jun 2013

Edisi Hari Rabu - rasa hilang kaki di atas Menara Taming Sari...

...dah berkali-kali naik kapal terbang dan beberapa kali menaiki kereta kabel, tak sama gayatnya bila berada di atas menara ini!

Selasa, 25 Jun 2013

Serabut...

...bukan sebab salam tak bersambut
              bukan juga kerana senyum tak berbalas
                         tidak pula kerana tidur tak puas
                                  dan tidak juga kerana perut tak beralas...

...serabut kerana jiwa tak tenang
                asyik berfikir macam mana 'nak kenakan orang'
                          bagaimana nak buat orang jangan hidup senang
                                   biar semua orang terlepas peluang...

...akhirnya
              bagai layang-layang terputus tali
                        hidup sendiri kehilangan erti...



notataksiapatanya : catatan ini juga sebenarnya tiada apa-apa makna, sekadar untuk memastikan blog ini terus bernyawa...

Isnin, 24 Jun 2013

Hari ini anak-anak bercuti...

seronoklah mereka dapat menyambung tidur lagi
tidak terfikir pun sebenarnya mereka yang rugi
berlalu satu hari tanpa ilmu dapat digali
peperiksaan akan menjelma tak lama lagi
lainlah kalau mereka bijak bistari
tak ke sekolah boleh ulangkaji sendiri



notataksiapatanya : Aku juga yang sibuk entah apa-apa.  Hujung minggu ke sini sana.  Hari kerja kononnya sibuk dengan kerja.  Kini terasa semakin jauh dari kawan-kawan maya... :(

Ahad, 23 Jun 2013

Terperangkap dalam jerebu...

...ke Melaka bersama suami dan Budak Sepet.  Suami ada tugas di sini.  Kerana jerebu, aku dan BS hanya mampu berkurung dalam bilik hotel...

Jumaat, 21 Jun 2013

Jumaat datang dan pergi...

...entah banyak mana sahaja usia kita berbaki
esok belum tentu kita ada lagi
namun selagi hidup sebelum mati
berusaha, beramal dan berbakti usah berhenti...

Khamis, 20 Jun 2013

Aturan hidup kita memang tak sama...

Kalaulah kita boleh menentukan aturan itu, pastinya kita mahu yang baik-baik sahaja - maksudnya segala kesenangan dan kemewahan adalah milik kita.

Penjenayah melakukan jenayah pun kerana mahukan kesenangan dan kemewahan hidup.

Masalahnya, bukan kita yang menentukan aturan hidup ini walaupun kita dituntut untuk berusaha.  Andai ditentukan sesuatu itu bukan rezeki kita, maka ianya tidak akan kita miliki walau sekeras mana kita berusaha untuk mendapatkannya.  Tapi, adakah kita boleh berputus asa?  Tidak.  Sama sekali kita tidak boleh mengalah.  Jika rezeki kita tidak di sini, ianya mungkin ada di sana...

Jadi, janganlah kita berhenti untuk terus berusaha disamping berdoa agar Dia memberikan rahmatNya...

Selasa, 18 Jun 2013

Pantun Merapu Orang Yang Kehilangan Ilham...

...jangan curi pantun saya ya.  Kalau berkenan dah ingin menyalin, mintalah izin dulu... :)


malam yang dingin tidak berbulan
dahan sekah pokok tak tumbang
bukan tak ingin hendak berjalan
sayangnya langkah tidak seimbang

siang yang dingin tiada mentari
tebing retak sungai tersimpang
bukan tak ingin hendak menari
rentak dan tari kelihatan sumbang

pohon beringin tumbuh setempat
bukanlah tempat burung tempua
bukan tak ingin hendak melompat
tubuhku berat tidak terbawa


 
maaf ya kawan-kawan, masa untuk membalas komen dan 'bertandang' masih sangat terhad...

Isnin, 17 Jun 2013

Tak payahlah datang kalau setakat nak menyibuk sahaja...

...datang semata-mata nak tunjuk muka
dan nak berlagak ke sini ke sana
sedangkan satu pun tak tahu nak buat kerja
berlakon seolah-olah dunia tenggelam tanpanya

sebaliknya yang buat kerja
ditekan-tekan ke bawah meja
sedikitpun tidak disebut nama
kerana kononnya hanya aku yang ada kuasa


ah... aku beremosi lagi!!!

Sampai bilakah agaknya anak-anak hendak menyusahkan seorang ibu?...

Sepatutnya bila anak-anak telah ada kehidupan sendiri - ada keluarga iatu suami/isteri dan anak-anak, teruskanlah kehidupan itu tanpa menyusahkan ibu yang telah sedia susah.  Lainlah sekiranya ibu itu seorang jutawan yang hartanya tak habis digunakan hingga akhir zaman.

Sudahlah ibu itu untuk kehidupannya sendiri pun terpaksa meminta-minta.  Mungkin dia tidak meminta dari orang lain, sebaliknya dari anaknya juga yang kehidupannya 'senang sedikit'.  Tapi, pantang ibu itu mendapat rezeki yang lebih, adalah anak yang lain tanpa segan silu datang mengikis.

Memang benarlah kata bidalan 'seorang ibu boleh membesar dan membela sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh 'membela' seorang ibu'.

Tiba-tiba aku jadi sangat beremosi...

Khamis, 13 Jun 2013

Makanan Segera - Di Sana Pun Ada Juga...

...tapi, kakcik tak rakam pula gambar restoran KFC...

Burger King dan Baskin Robbin

Mc Donald
Saja letak gambar ini sebab Pakcik ni asyik tertanya-tanya 'mana
gambar saya depan BabusSalam'.  Kakcik jawab kepadanya
'semua pintu masjid adalah BabusSalam (Pintu Kesejahteraan)'.
Sebenarnya jawapan kakcik itu adalah seperti yang dinyatakan
oleh Pn Nabila (mutawiffah yang membawa kami sewaktu
lawatan di Masjidil Nabawi, Madinah).

Rabu, 12 Jun 2013

Edisi Hari Rabu - untuk yang bernama Lela...


Opsss... Yang berdiri itu bukan Lela, ya...

Terlupa pulak untuk bertanya macamana hendak
dibawa pulang.  Pekerja di situ pun tidak
menerangkan caranya.  Ada peraduankah?

Ini yang kakcik makan.
Restoran ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam.
(oklahhhhhhh...)

Edisi Hari Rabu - bagai kapal di tengah lautan...

...teroleng-oleng mencari haluan
walau pantai tidak kelihatan
tetap yakin bertemu daratan
dengan izin dan perkenan Tuhan...

Selasa, 11 Jun 2013

Bila bodoh...

...kenalah belajar

tapi...

bila diperbodoh,

apakah tindakan yang wajar?


Rindunya untuk berada dalam suasana ini.  Walaupun tidak lancar
dan merangkak-rangkak membaca, tapi ianya dapat dilakukan
dengan tenang.  Berhelai-helai mukasurat dapat dibaca.  Bila
balik ke rumah sendiri hendak membaca sebaris dua pun
bagai tiada masa (buat benda tak berfaedah boleh pulak!)


Isnin, 10 Jun 2013

Hati ini kian rapuh...

bagai semalu yang pantang tersentuh

v

v

v

v

v

menguncup


v

v

v

v

v

terkatup


maka untuk seketika...

biarkanlah hati ini...

mencari kekuatannya

Bukan mudah mengenali diri bila hati berperang sendiri


Jumaat, 7 Jun 2013

Di hari Jumaat yang mulia, dengarlah rayuan saya...

...ya, saya ingin merayu dengan sesungguh dan sepenuh hati.  Rayuan ini pastinya bukan untuk saya.  Kerana saya seorang wanita dan juga seorang ibu, hati saya sangat rapuh dengan nasib mereka yang lebih derita.  Apakan daya, untuk membantu berlebihan, saya tidak punya upaya.  Hanya yang saya terdaya adalah untuk memohon dan meraih simpati dari mereka yang sama-sama ingin berbakti.

Saya tak ingat ini entah kali ke berapa saya membuat rayuan ini.  Tidak, saya tidak pilih kasih.  Mana yang terdaya saya war-warkan, akan saya catatkan di blog picisan ini.  Rezeki itu milik Allah.  Dia yang menentukan melalui siapa rezeki itu akan disalurkan.  Mungkin ada yang terlepas pandang kepada rayuan saya sebelum ini.  Jadi, sekali lagi tanpa malu dan silu saya mohon luangkanlah sedikit masa untuk membaca apa yang saya 'tampalkan' ini. 

Ini hari dia, esok-esok kita sendiri tidak tahu sama ada kita akan terus bahagia dan bernyawa...

Saya ambil dari blog MakcikKantin
Marilah kita membantu Alia Haryanie setakat mana yang kita terdaya.  Keadaan kesihatan Haryani yang tidak membolehkan beliau membuat kerja berat adalah sangat menyedihkan. Apatah lagi beliau adalah seorang ibu tunggal yang bergelut mahu menyara dan membesarkan tiga orang anak.

Sekiranya ada rasa ihsan, simpati dan empati dari pembaca blog ini, hulurkanlah sumbangan kepada Haryani di akaun beliau seperti berikut :

164034266923 Haryani Binti Mat Hussin (Maybank)

553104559018 Haryani Binti Mat Hussin.(Maybank)

Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan dari sana dan sini, dapatlah beliau mengumpulkannya sebagai modal untuk meneruskan perniagaan atas taliannya.

Terima kasih kerana sudi membaca catatan ini.

Saja nak tunjuk :  Tasbih ini kakcik terima dari seorang wanita
di dalam Masjidil Haram.  Tak sama nilainya dengan yang dibeli
sendiri walaupun harganya tidak berbeza... :)




Kian cepat masa berlalu...

... yang pasti kian singkat usia yang tinggal ...

Bersimpuh di Baitullah dengan doa dan harapan ianya bukanlah
untuk kali yang terakhir.  Kenapa tiada senyuman? Hanya Allah
Yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang ada di hati...

Khamis, 6 Jun 2013

Maknanya apa?...

...bila kita diberikan sesuatu (yang mungkin berharga juga), kemudian dibekalkan sekali dengan kata-kata 'pergi main jauh-jauh' ?  Terasa hati tak?

Andai disuruh 'main jauh-jauh' ke sini berkali-kali, InsyaAllah
aku tidak akan menolaknya.

Selasa, 4 Jun 2013

Di dada lautan...

Tiada kelihatan walau seekor ikan
Namun nelayan tetap tabah mencari makan
Ada kapal mencari daratan
Ada manusia mengkagumi kebesaran Tuhan...






Isnin, 3 Jun 2013

Madinah - aku pulang bersama rindu yang basah (Bhg Akhir)...

Kepulanganku dari tanah suciMu entah bila mungkin dapat kembali bertamu.   Rindu ini tak mungkin padam.  Sentiasa basah dan segar dalam ingatan mahupun kenangan.  Benar kata orang, jauh perjalanan luas pemanadanfgan dan bertambah pengalaman. Perjalanan ke Tanah Suci tak mungkin sama pengalaman dan kerinduannya dengan perjalanan ke tempat lain.

Bagaimanapun, setiap permulaan tetap ada akhirnya.  Masa untuk pulang tiba juga.  Biarpun terpaksa kembali, syukurku tidak terperi. Ucapan syukur yang tidak terhingga dan terima kasih yang tak terungkap dengan kata-kata wajib juga kutitipkan ke hadrat Allah SWT dan kepada Pemilik serta pegawai dan kakitangan Gapurna Sdn. Bhd., Wira Saujana Sdn Bhd dan kepada KAWAN YANG SEORANG, kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sebelum, semasa dan selepas urusan Umrah kakcik suami isteri selesai.

Sedikit gambar di hujung perjalanan : 

Mereka tak perlukan pantai atau air terjun untuk berkelah

Selamat tinggal Tanah Haram,  ada rezeki kita jumpa lagi.

Tak sabar nak sambung cerita...

...tapi, gambar dalam komputer dan kamera.  Tiada dalam iPad ini...

Kita tatap dulu sedikit gambar di Langkawi...