Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 5 April 2013

Di rumahku ada dua pengundi baru...

yang pasti mereka bukan pengundi hantu
kedua mereka anak lelakiku
tapi pilihan mereka tidakku tahu
apatah lagi ada peristiwa yangmenghantu

apa saja yang dilakukan
pasti ada yang memberi perhatian
apatah lagi bila kita diberi jawatan
ianya adalah satu pertanggungjawaban

kita dipilih untuk mewakili
atas dasar percaya mempercayai
tapi setelah berjaya mengapa lupa diri
seolah-olah kita naik dengan sendiri

anak sulungku difitnah sesuka hati
setelah sidia mendapat apa yang dihajati
sikap berpuak sidia ketara sekali
siapa yang mengipas dialah yang digauli

di rumahku ada empat undi
hendak memilih kurasa tak sudi
tunggulah kupohon petunjuk dari Ilahi
lambang mana yang harus kupangkah nanti









25 ulasan:

  1. Salam Mesra & selamat berkenalan. Jemputlah berkunjung ke CemmomileNiaga untuk melihat pelbagai barangan.

    BalasPadam
  2. tak kisah nak pilih apa kan kak.. janji boleh membawa negara ke arah yg lebih baik.. :)

    BalasPadam
  3. amboi2 dia... siap bermadah gitu...

    BalasPadam
  4. di rumah saya masih kekal dua undi... undi itu rahsia, sy pun pohon petunjuk juga sapo yg patut diundi kali ni

    BalasPadam
  5. moga tidak terlepas mengundi kali ni.. ;)

    BalasPadam
  6. Perghhh sesekali incik Ilham mengganazzzz.. ai loike!

    BalasPadam
  7. Awat anak sulung Kakcik kena fitnah? Sedih la jadi gitu..

    BalasPadam
  8. xsabar nak mengundi.....selamat mengundi.

    BalasPadam
  9. insyaAllah tahun ni kali ptama jgk sy mengundi. tu pun kalo tak bersalin hari mengundi lah...hehe

    BalasPadam
  10. kenapa kakcik??kena fitnah pasal apa tu>??

    BalasPadam
  11. Bagus.. ngundi jgn tak ngundi rugikan kak cik

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik;

    Musim kerang busuk menyeringai minta simpati Yang Berharap untuk menjadi YB... hihihi... buatlah pilihan ikut tuntutan Islam.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,
    Pilihan di tangan sendiri, kena bijak memilih...nanti tak nyesal coz 5 tahun tu lama jugak utk undi semula ;)

    BalasPadam
  14. Yupp undi rahsia tp perlu bijak dan berhemah supaya tak menyesal..

    BalasPadam
  15. Masih pengundi lama, belum bertambah.

    BalasPadam
  16. sama kak cik.. 1st time nk mengundi nie

    BalasPadam
  17. salam bonda....selamat pagi...marilah mngundi...hihi

    BalasPadam
  18. Kat rumah IM pun ada 2. Yang satu tentu ikut IM. Yang satu lagi, tak tahulah...

    BalasPadam
  19. pilihlah yang bekenan di hati
    yang baik budi pekerti.

    BalasPadam
  20. kalo tanak pangkah, suh bulat saja.. hikhikhik

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com